10 Interactive PowerPoint “Level Up Your Presentation with 10 Interactive Ideas of PowerPoint: A Step-by-Step Tutorial” merupakan panduan praktikal yang dirangka khas untuk membantu pembaca mencipta persembahan PowerPoint yang menarik, kreatif, dan interaktif. Buku ini mengandungi 10 tutorial lengkap dengan langkah demi langkah (step-by-step) yang mudah difahami, disertai tip praktikal untuk menghasilkan slaid interaktif seperti: Reka bentuk kreatif dengan bentuk & imej, Hyperlink dan butang navigasi, Animasi dinamik, Idea kuiz & elemen interaktif, Teknik visual storytelling yang memukau. Ditulis oleh Jamaliah Binti Shafiee, seorang pensyarah berpengalaman dari Kolej Komuniti Raub, buku ini sesuai untuk: Guru & pensyarah yang ingin menghidupkan pembelajaran, Pelajar & profesional yang mahu meningkatkan kualiti persembahan, Jurulatih & penceramah yang mahu penglibatan peserta secara lebih aktif. Dengan eBook ini, pembaca dapat mempelajari cara menghasilkan slaid bukan sahaja untuk menyampaikan maklumat, tetapi untuk menarik perhatian dan meningkatkan interaksi peserta.