Picky eater merujuk kepada kanak-kanak yang sangat memilih makanan dan sering menolak untuk mencuba makanan baharu atau hanya mahu makan jenis makanan tertentu sahaja. Situasi ini adalah perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya pada peringkat awal perkembangan mereka. Namun, jika tidak ditangani dengan baik, tabiat memilih makanan boleh memberi kesan kepada pengambilan nutrisi dan kesihatan anak. Panduan ini disediakan untuk membantu ibu bapa dan penjaga memahami punca anak menjadi picky eater serta memberikan langkah-langkah praktikal bagi membina tabiat makan yang lebih sihat. Dengan pendekatan yang positif, sabar dan konsisten, kanakkanak boleh dibimbing untuk mencuba pelbagai jenis makanan dan menikmati diet yang lebih seimbang. Matlamat utama panduan ini adalah untuk menyokong ibu bapa dalam mewujudkan pengalaman makan yang menyeronokkan, mengurangkan tekanan semasa waktu makan, dan membantu anak membesar dengan pemakanan yang baik.